Jauhkan diri anda dan melanggan email 1Malaysia walaupun ia diagihkan percuma. Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tingga akibat penggunaan email 1Malaysia?
1) Kemungkinan email yang dihantar akan disiasat atau dicuri oleh pihak pentadbir dikawal oleh MCMC, kalau tersentuh isu sensitive. IP anda akan terbongkar. Password dan account anda diketahui secara langsung.
2) Sekirannya anda menggunakan email 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa dimana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda.
3) Email 1Malaysia berkemungkinan membawa malicious virus, spyware, di mana mudah diserang dan mengawal komputer anda sewaktu anda di internet.
4) Pihak UMNO atau BN akan menyebarkan alamat email anda kepada cybertrooper BN dan melakukan serangan keatas pihak pembangkang.
5) Mesej atau attachment anda akan disimpan dalam server tertentu, maka memudahkan pihak BN menyiasat gerak geri anda. Sekirannya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment akan dijadikan bahan bukti.
6) Segala confidential or sensitive information tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri.
7) Inilah bagi peluang untuk pihak kerajaan memboroskankan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan agent untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak 50 juta ringgit, apakah baiknya wang sebanyak ini disumbang dalam menolong orang miskin?
Menggunakan email 1Malaysia dapat diupamakan bagai memasuki mulut harimau, menunggu masa untik dibaham. Kebahayaan dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang UMNO/BN. Jangan melanggan email 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda.
* Copy paste dari Malaysia Today, laman web Raja Petra.
wahahaa... tak rasa pelik ke tetibe je kerajaan nak bazirkan duit buat email 1malaysia?
Padahal sebelum ni Najib kirim email melalui gmail/yahoo je kan.. ingat tak email Najib sempena Gong Xi Fa Chai dulu. Dia kirim ke email kita google/yahoo je. Ini tetibe nak buat email 1malaysia ni mesti ada agenda disebalik email ni.
Nasihat kpd korang, jangan sesekali bukak email 1malaysia kalo taknak korang dikesan. Sape tau, kalo korang ade terkomen pasal keburukan kerajaan, terus dorang cari korang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan